Khamis, 13 Oktober 2016

AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 
  • Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang  lebih baik untuk mengawal pengimportanpengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu
  • Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN & PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998 
  • Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. 
  • Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang berbahaya.

4. DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan