Khamis, 13 Oktober 2016

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya.




AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 
  • Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang  lebih baik untuk mengawal pengimportanpengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu
  • Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN & PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998 
  • Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. 
  • Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang berbahaya.

4. DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Kempen
  • kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta. 
  • Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya.
2. Gaya hidup yang sihat
  • Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri.
  • Berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan (elak pengambilan dadah).
3. Pendidikan
  • Sekolah(program 5 minit antidadah)
  • Skim Lencana Antidadah
4. Media massa 
  • Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
  •  Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah (contoh: PEMADAM , PENGASIH).

PERBANDINGAN PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT NEGERI BAGI JANUARI 2009 & JANUARI 2008


PERBANDINGAN MENGIKUT 14 NEGERI DI MALAYSIA BAGI JANUARI 2019


Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri, Johor Bahru merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 37 orang diikuti Ipoh (31), Wilayah Persekutuan kula Lumpur(30), Seremban (29), Alor Star (28) dan Kuching(16). 

STATISTIK MENGENAI PENAGIH DADAH

Oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).
1.   Sepanjang bulan Januari 2009 seramai 844 penagih dadah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 50.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (1.717 orang).

2.  Mereka terdiri daripada 409 orang (48.46%) penagih baru, menurun sebanyak 48.16% berbanding 789 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai 435 orang (51.54%) menurun sebanyak 53.13% berbanding tahun lalu (928 orang ).

PERBANDINGAN PENAGIH YANG DIKESAN BAGI JANUARI 2009 & JANUARI 2008


Isnin, 10 Oktober 2016

KESAN DADAH TERHADAP NEGARA

  • Kesan kepada ekonomi.
  • Kesan kepada kesihatan.
  • Kesan kepada keselamatan.


KESAN DADAH KEPADA KELUARGA

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga.
  • Membebankan anggota keluarga.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Menghancurkan harapan ibu bapa.
  • Berlaku perpisahan, penceraian dan keganasan rumah tangga.

KESAN DADAH TERHADAP INDIVIDU


  • Jauhkan diri daripada masyarakat.
  • Bersikap tidak bertanggungjawab.
  • Menjadi lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan.
  • Berubah sikap.
  • Daya tahan badan menjadi lemah.

CIRI-CIRI PENAGIH DADAH

  • Kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  • Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
  • Selalu mengujungi tempat terpencil untuk mengambil dadah.
  • Suka meminta wang berlebihan kepada keluarga dan suka mencuri barang.
  • Hilang selera makan dan kurang berat badan.


FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Kurang didikan agama oleh ibu bapa
  • Kurang kekuatan iman menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan godaan syaitan.
  • Pegangan agama yang kuat akan mengukuhkan jati diri remaja.

2Pengaruh rakan sebaya
  • Remaja lebih mudah terpengaruh  dengan rakan sebaya kerana mereka yang paling rapat.
  • Rakan sebaya yang mengamalkan gaya hidup negatif akan mempengaruh rakan-rakan mereka yang lain.

  • 3. Pemberontakan diri
    • Tindakan menunjukkan protes selalunya dilakukan remaja terhadap ibu bapa mereka.
    • Hal ini  bertujuan bagi mendapatkan perhatian atau ketika kehendak mereka tidak dipenuhi.

    4. Gangguan emosi
    •  Individu akan menggunakan dadah sebagai alat  untuk melupakan masalah . Hal ini berlaku kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan menjadikan mereka khayal

    PETIKAN AKBAR MENGENAI DADAH




    JENIS-JENIS DADAH

    1. Canabinoid

    • Contoh : Ganja ,hashish dan manjuana.
    • Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra Hydrocannibol (THC).

    2. Stimulan
    • Contoh : Phetamine kokain.
    • Sejenis daun koko,paste koka,kokain freebase dan crack kokain.

    3. Depreseo
    • Contoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol.
    • Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat.

    4. Halusinogen
    • Contoh : Lysergic acid, halluceno-genic mushroom, dietthylamide (LSD), trymethyltrpamine (DMT), phenlyclidine(PCP) dan katamine.
    • Merupakan dadah asli dan sintatik.
    • Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak.

    5Psikotrapik
    • Contoh : Methamphetamine, amphetamine, Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA) dan pil ecstasy (XTC).
    • Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal.

    6. Inhalant
    • Contoh: Gam, ubat nyamukminyak petrol, cat cair, thinner, cecair pemetik api, spray rambut, krim pencuci, marker pen dan lain-lain.
    • Tidak ditakrifkan sebagai dadah
    • Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

    7Opiat
    • Contoh : Candu, morfin, heroin dan kodein.
    • Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan.

    DEFINISI DADAH


    • Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka

    GAMBARAN DADAH



    PENYALAHGUNAAN DADAH


    • Penggunaan dadah secara berlebihan.
    • Bertujuan melarikan diri daripada kenyataan.
    • Menyebabkan kehidupan seharian terganggu.
    • Cenderung menggunakan dadah secara berlebihan.
    • Meletakkan diri dalam situasi berbahaya.