Khamis, 13 Oktober 2016

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya.




AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 
  • Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang  lebih baik untuk mengawal pengimportanpengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu
  • Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN & PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998 
  • Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. 
  • Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang berbahaya.

4. DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988 
  • Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Kempen
  • kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta. 
  • Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya.
2. Gaya hidup yang sihat
  • Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri.
  • Berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan (elak pengambilan dadah).
3. Pendidikan
  • Sekolah(program 5 minit antidadah)
  • Skim Lencana Antidadah
4. Media massa 
  • Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
  •  Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah (contoh: PEMADAM , PENGASIH).

PERBANDINGAN PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT NEGERI BAGI JANUARI 2009 & JANUARI 2008


PERBANDINGAN MENGIKUT 14 NEGERI DI MALAYSIA BAGI JANUARI 2019


Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri, Johor Bahru merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 37 orang diikuti Ipoh (31), Wilayah Persekutuan kula Lumpur(30), Seremban (29), Alor Star (28) dan Kuching(16). 

STATISTIK MENGENAI PENAGIH DADAH

Oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).
1.   Sepanjang bulan Januari 2009 seramai 844 penagih dadah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 50.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (1.717 orang).

2.  Mereka terdiri daripada 409 orang (48.46%) penagih baru, menurun sebanyak 48.16% berbanding 789 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai 435 orang (51.54%) menurun sebanyak 53.13% berbanding tahun lalu (928 orang ).

PERBANDINGAN PENAGIH YANG DIKESAN BAGI JANUARI 2009 & JANUARI 2008